Blog ini tidak akan beroperasi lagi. Terima kasih kerana melawat website ini.

Awan Dania full movie - Books Filem Melayu Online Untuk Anda!

0 ulasan

Filem ‘Awan Dania The Movie’ ini mengisahkan tentang Dania dan Tania yang merupakan bff. Namun disebabkan cemburu dan juga kerana seorang lelaki iaitu Remy, hubungan Dania dan Tania semakin renggang. Mereka berdua masing-masing bersaing untuk mendapatkan anugerah pramugari terbaik.


Namun, apa yang lebih menarik perhatian ialah watak Dania itu sendiri. Dalam tidak sedar, Dania sebenarnya fall in love pada Remy. Dania hanya menyedari perkara itu apabila wujud perasaan cemburu terhadap Tania yang berjaya mencuri hati Remy. Dalam mengejar cintanya dan ingin membuktikan bahawa Tania sebenarnya hanya mengambil kesempatan terhadap Remy, Dania telah membuat keputusan untuk mencari bukti dan menjelaskan semuanya pada Remy.


Namun, selepas semuanya tidak berhasil, Dania telah menghubungi Benjy untuk menyamar sebagai kekasihnya. Bagi yang tidak tahu atau mungkin sudah lupa, Benjy sebenarnya adalah seorang lelaki yang pernah meminati dan tergila-gilakan Dania pada suatu ketika dahulu.
Niat utama Dania melakukan perkara ini adalah kerana dia mahu Remy berasa cemburu padanya. Kerana kasih Benjy kepada Dania walaupun selepas ditolak berkali-kali, Benjy tetap bersetuju untuk menyamar menjadi kekasih Dania.
Konflik ini kemudian berterusan apabila Benjy yang hanya mahu menegur Remy telah bertukar menjadi insiden yang ganas. Remy telah menumbuk Benjy dimuka dan ini menyebabkan Benjy membalas kembali kekasaran itu. Dalam situasi ini, dapat dilihat Benjy benar-benar menyayangi Dania.
Walau bagaimana pun, Tania yang mendapat tahu mengenai perkara yang berlaku telah mendedahkan kepada Remy bahawa Benjy hanyalah sebahagian dari rancangan Dania untuk membuatkan dirinya cemburu. Klimaks cerita ini apabila Dee dan juga rakannya telah menipu Dania dan Tania mengatakan Remy bakal berkahwin. Jadi, masing-masing menggelabah dan bergegas membuat persiapan masing-masing.
Rupanya, itu semua adalah satu penipuan dan majlis perkahwinan itu sebenarnya adalah majlis perkahwinan adik Remy.
Jadi, apakah yang akan berlaku di penghujung cerita ini? Adakah Dania atau pun Tania yang akan dipilih Remy? Bagaimana pula dengan Benjy yang telah menyamar sebagai kekasih Dania?
Dibintangi oleh Scha Al-Yahya (Dania), Elly Mazlein (Tania), Rusdi Ramli (Kapten Remy) dan juga Jehan Miskin (Benjy), produk terbaru Rashid Sibir ini telah mengimbau semula gelagat-gelagat Dania yang gelojoh dan suka melakukan perkara-perkara ‘gila’. Kalau diikutkan logik, mana ada pramugari yang berperangai sebegini kan?





 
BOOKS FMO 42U® © 2014 BOOKSFMO42U.

Video yang diupload di blog ini adalah daripada GENGtube, Osemtube, DFM2u, MMF Online, Moviesinfobsyok, Malaywatchtube, Layanon9