Blog ini tidak akan beroperasi lagi. Terima kasih kerana melawat website ini.

Gangster Celop full movie - Books Filem Melayu Online Untuk Anda!

0 ulasan
Gangster Celop merupakan sebuah lagi filem arahan Ahmad Idham yang bakal menemui anda di pawagam bermula 21 Februari yang akan datang. Paling menarik, heroin dalam filem ini ialah salah seorang blogger di Malaysia iaitu Hanis Zalikha. Jom layan sinopsis dan trailer di bawah.
Poster Gangster Celop

Sinopsis Filem Gangster Celop

Gangster Celop mengisahkan dua orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun. Mereka bertekad untuk berubah dan menjadi insan yang lebih baik.
Bagaimanapun, sebaik bebas, mereka dikehendaki menjaga Suzana (Hanis Zalikha) iaitu anak perempuan kepada Mat Jambu (Yus Raja Lawak),seorang ketua gangster yang pernah melindungi mereka dahulu. Suzana baru pulang dari luar negara untuk memulakan perniagaan di Malaysia.
Disebabkan tugasan itu, semua menjadi huru-hara dan secara tidak langsung mereka terbabit dalam konflik tercetus antara Mat Jambu dan musuhnya, Man Cirit (Azad Jazmin) yang merupakan musuh tradisi untuk sekian lama.

Pelakon Filem Gangster Celop

Syamsul Yusof, Kamal Adli, Yus Jambu, Azad Jazmin, Reen Rahim dan blogger terkenal iaitu Hanis Zalikha.

Trailer Filem Gangster Celop


 
BOOKS FMO 42U® © 2014 BOOKSFMO42U.

Video yang diupload di blog ini adalah daripada GENGtube, Osemtube, DFM2u, MMF Online, Moviesinfobsyok, Malaywatchtube, Layanon9