Blog ini tidak akan beroperasi lagi. Terima kasih kerana melawat website ini.

Minyak Dagu full movie - Books Filem Melayu Online Untuk Anda!



Sinopsis:

Minyak Dagu mengisahkan Azman yang berdendam dengan bekas tunangannya Emelda. Disebabkan terlalu dendam dan mengikut desakan daripada kawannya, Azman telah berjumpa bomoh, Wak Minarjo seorang pawang hebat minyak dagu. Emelda yang memutuskan pertunangan dengan Azman sebelum ini demi mengikut cakap kedua-dua orang tuanya bahawa Johan adalah seorang calon suami yang baik dan boleh menjamin masa depan Emelda, nak dibandingkan Azman.

Liza, ibu kepada Azman begitu kecewa dengan sikap Emelda kerana melukakan hati anaknya. Setelah bertemu dengan Wak Minarjo, Azman betul-betul nekad untuk membeli minyak dagu tersebut, dan dia haruslah megikut pantang-larang yang diberitahu Wak Minarjo, Minyak dagu tersebut haruslah dicalitkan pada siku Emelda dan botol minyak dagu tersebut hendaklah di tanam berdekatan dengan pokok pisang. Sekiranya botol tersebut pecah disambar petir, maka segala kuasa sihir hilang.

Menunggu hari bahagia Emelda dan Johan dinikahkan, Emelda nekad ingin menjemput bekas tunangnya itu, Azman. Tanpa diduga, Azman mula mengambil kesempatan tersebut untuk mencalitkan minyak dagu pada siku Emelda. Di hari pernikahan Emelda dan Johan, Emelda tiba-tiba histeria. Azman puas kerana dendamnya terbalas. Semenjak dari itu, keadaan Emelda berubah. Johan bertindak membawa seorang bomoh untuk mengubati histeria Emelda yang semakin parah.

Hal ini menyebabkan Ainon, mak kepada Emelda pula cenderung menuduh Johan sebagai yang menjadi punca kepada sakit Emelda. Akhirnya selepas bertengkar, Ainon diserang sakit jantung dan meninggal dunia. Azman yang merasa bersalah lalu datang melawat jenazah Ainon. Pantang larang terbesar Azman ialah tidak boleh melawat orang mati. Tonton kesudahan filem ini dan saksikan video trailer filem di bawah:

Pengarah : Azhari Zain
Penerbit : Metrowealth Movies
Bahasa : Bahasa Melayu
Kategori : Filem Cereka
Genre : Seram
Klasifikasi :U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 03 Jan 2013
Lakonan:Fezrul sebagai Azman (Pelakon Utama)
Yana Samsudin sebagai Emelda (Pelakon Utama)
Fizo Omar sebagai Johan (Pelakon Utama)
 
BOOKS FMO 42U® © 2014 BOOKSFMO42U.

Video yang diupload di blog ini adalah daripada GENGtube, Osemtube, DFM2u, MMF Online, Moviesinfobsyok, Malaywatchtube, Layanon9