Blog ini tidak akan beroperasi lagi. Terima kasih kerana melawat website ini.

Penanggal full movie - Books Filem Melayu Online Untuk Anda!

0 ulasan

Penanggal mengisahkan mengenai Murni (Ummi Nazeera) yang dibela oleh neneknya, Mak Ajeng (Normah Damanhuri) yang berketurunan Jawa selepas kematian orang tuanya akibat dimakan haiwan buas di hutan.

Mak Ajeng, yang mengamalkan ilmu hitam, terpaksa menyerahkan saka penanggal miliknya kepada Murni pada saat kematiannya. Bagaimanapun, akibat diburu penduduk kampung, Murni terpaksa melarikan diri ke hutan.

Pertemuannya dengan Anom Merah (Nadia Mustafar) yang sarat mengandung, mengundang kemarahan orang kampung selepas mendapati ada tanda di leher Murni. Hampir dibunuh penduduk kampung, Murni kemudian diselamatkan Syed Yusoff (Azri Iskandar).

Kematian Anom Merah ketika melahirkan anak, akibat diserang penanggal turut menimbulkan kemarahan si suami, Jiwa (Yus Waisar).

Syed Yusoff pula cuba menjejaki Murni sehingga ke tengah hutan. Kehilangan Syed Yusoff merisaukan adiknya, Syed Umar (Zul Ariffin) serta tunang Syed Yusoff, Sharifah Zahrah (Fasha Sandha). Mereka dan orang kampung cuba mencari lelaki itu sehingga tengah belantara sebelum menemui pondok didiami Murni.


 
BOOKS FMO 42U® © 2014 BOOKSFMO42U.

Video yang diupload di blog ini adalah daripada GENGtube, Osemtube, DFM2u, MMF Online, Moviesinfobsyok, Malaywatchtube, Layanon9