Follow By Email

 
Blog ini tidak akan beroperasi lagi. Terima kasih kerana melawat website ini.

Cinta Kamikaze full - Books Filem Melayu Online Untuk Anda!

0 ulasan


Drama CINTA KAMIKAZE adalah sebuah telemovie komedi romantik gandingan lakonan hebat dari Zahiril Adzim dan Nadiya Nisaa yang mempunyai karektor berlainan yang seringkali menimbulkan salah faham di antara mereka. Suci merupakan seorang pengacara televisyen wanita yang popular dengan rancangannya sendiri iaitu “Tamu Suci”. Khalish pula merupakan seorang chef muda di sebuah hotel yang terkenal dengan sentuhan masakannya yang mampu membuka selera sesiapa sahaja.

Gandingan Mantap Zahiril Adzim Dan Nadiya Nisaa dalam Telemovie Cinta Kamikaze slot Skrin Di 9 pada 30 September ini jam 8.30 malam istimewa hanya di TV9
Kerana ingin memberi peluang kepada Khalish agar bakatnya dikenali, pengurus hotel tersebut, Cik Cheryl mencadangkan agar Khalish menjadi tetamu di rancangan Tamu Suci. Kebetulan Suci juga tidak berjaya mendapatkan tetamu di saat-saat akhir. Malangnya, kerana tidak mahu wajahnya disiarkan di kaca televisyen dan rahsianya terbongkar kerana mempunyai ramai teman wanita, Khalish tidak hadir untuk siaran langsung tersebut. Suci malu dan menyimpan dendam terhadap manusia bernama Khalish.

Khalish dan Suci tidak mengenali antara satu sama lain. Mereka hanya berhubung melalui temujanji di dalam telefon sahaja. Namun, tanpa mereka sedari mereka sebenarnya kerap kali bertemu di luar dan akhirnya menjalinkan percintaan kerana masing-masing merahsiakan status mereka.

Sejauh manakah hubungan yang dijalin penuh rahsia itu dapat bertahan? Dapatkah Suci memaafkan perbuatan Khalish yang telah memalukannya sewaktu siaran langsung dahulu?


 
BOOKS FMO 42U® © 2014 BOOKSFMO42U.

Video yang diupload di blog ini adalah daripada GENGtube, Osemtube, DFM2u, MMF Online, Moviesinfobsyok, Malaywatchtube, Layanon9