Follow By Email

 
Blog ini tidak akan beroperasi lagi. Terima kasih kerana melawat website ini.

Fira Ayuni full episod - Books Filem Melayu Online Untuk Anda!

0 ulasan


Sinopsis Fira Ayuni, mengisahkan ranjau perjalanan hidup seorang anak gadis berusia 21 tahun yang bernama Fira Ayuni (Faralyna Idris). Fira adalah anak tunggal kepada pasangan ahli perniagaan, Datuk Farid (Eizlan Yusoff) dan Datin Shamsiah (Fazlina Ahmad Daud). Sejak dari kecil kehidupan Fira sangat bahagia, disayangi dan dimanja sentiasa. Malah, Datin Shamsiah juga menghantar Fira ke sekolah muzik pada setiap petang sehingga muzik telah menjadi sebati dalam hidupnya.

Selain meminati muzik, Fira bercita-cita untuk menjadi seorang ahli perniagaan seperti ayahnya. Untuk itu, Fira melanjutkan pelajarannya di dalam bidang pengurusan perniagan di sebuah kolej swasta di ibu negara. Walaupun sejak kecil dibesarkan dalam kemewahan, kehidupan Fira di kolej sederhana sahaja. Di kolej itu, Fira mempunyai seorang musuh ketat iaitu seniornya sendiri, Duqqi Amani (Azlee Khairi). Sejak hari orientasi lagi Duqqi sering dilihat suka mencari pasal dengan Fira.

Duqqi Amani, 23 tahun, juga berasal dari keluarga berada yang memiliki rangkaian perniagaan di dalam dan luar negara. Disebabkan selama ini dia digilai perempuan hanya kerana harta keluarganya, Duqqi sengaja merubah cara hidupnya. Dia hanya ke kelas menaiki kereta lama.

Kebahagiaan Fira mula direntap selepas Datin Shamsiah meninggal dunia akibat kanser usus. Datuk Farid tidak dapat menerima hakikat itu dan sering menyalahkan dirinya sendiri kerana terlalu sibuk dan tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada isterinya. Sejak itu, Datuk Farid sudah tidak mempedulikan Fira Ayuni lagi. Daripada seorang bapa yang penyayang, Datuk Farid menjadi seorang yang murung dan baran terhadap Fira.

Fira merantau dari satu tempat ke satu tempat mencari ketenangan dan cuba merawat kembali hatinya sehingga tiba di satu kawasan di pinggir ibu kota, Fira terjumpa dengan bekas pengasuhnya dahulu, Makcik Hasnah (Laila Nasir). Fira menceritakan segala apa yang telah berlaku kepada Makcik Hasnah. Makcik Hasnah sangat terkejut dan bersimpati lantas menawarkan Fira untuk tinggal bersama-sama serta berjanji akan membantu Fira mendapatkan pekerjaan.

Pertama kali dipertemukan dengan Fira, telah menerbitkan rasa cinta di hati Hadi Herwan (Shah Iskandar). Dia terpikat dengan kecantikan dan kelembutan Fira selain ketangkasan Fira dalam bekerja juga turut menarik minatnya terhadap gadis itu. Sejak itu, perhatian Hadi sering dilebihkan kepada Fira berbanding pekerja lain. Keadaan ini telah menimbulkan rasa cemburu di hati Rozita (Intan Ladyana).

Duqqi dan Fira telah ditangkap khalwat dari kesilapan Duqqi sendiri yang mahu mengenakan Fira. Rozita geram rancangannya tidak menjadi tetapi sekurang-kurangnya dia berpuas hati kerana dapat melihat Hadi kecewa apabila Fira ditangkap khalhtmlwat dengan Duqqi. Ketika itu, barulah Fira tahu yang Duqqi sebenarnya adik Hadi.

Walaupun Fira telah menjadi adik iparnya, namun perasaan Hadi kepada Fira tidak berubah. Hampir setiap hari, Hadi akan memerhati Fira dari simpang ke rumah Makcik Hasnah. Setiap hujung minggu pula, dia akan menjadi tidak sabar-sabar menunggu Fira masuk kerja. Dia tahu Fira tidak bahagia, dia juga tahu bagaimana layanan adiknya terhadap Fira.


Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15
 
BOOKS FMO 42U® © 2014 BOOKSFMO42U.

Video yang diupload di blog ini adalah daripada GENGtube, Osemtube, DFM2u, MMF Online, Moviesinfobsyok, Malaywatchtube, Layanon9