Blog ini tidak akan beroperasi lagi. Terima kasih kerana melawat website ini.

Kalimah Jiwa full episod - Books Filem Melayu Online Untuk Anda!

0 ulasan



Jumlah Episod: 20 | Episod sekarang: Tamat | Kategori: Drama | Tahun: 2013


Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20

Sinopsis:
“Kalimah Jiwa” berkisar tentang persengketaan antara Aniq dan adiknya Afiq yang melibatkan perebutan harta. Ibu mereka iaitu Puan Akila lebih mempercayai Aniq kerana Aniq berjaya membawa syarikatnya menjadi syarikat paling berjaya di Malaysia. Manakala, syarikat yang dikendalikan oleh Afiq mengalami kerugian teruk dan terpaksa menanggung hutang yang banyak. Semuanya adalah kerana Afiq tidak serius dan lebih banyak menghabiskan masa berpoya-poya.

Aniq mempunyai kekasih bernama Aina Sofea. Ketika tarikh majlis pernikahan Aniq dan Aina semakin hampir, Tiara muncul dan mengaku sebagai kekasih Aniq. Malah Tiara turut memberitahu bahawa dia kini sedang hamil hasil hubungan dengan Aniq. Seluruh ahli keluarga terkejut dengan pengakuan Tiara. Majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan dan Aniq pula menghilangkan diri ke Europe untuk mencari ketenangan diri.

Musibah yang berlaku ini menyebabkan Afiq disuruh berkahwin dengan Aina demi mengelakkan keluarga kedua-dua belah pihak malu. Afiq menerima Aina bukanlah atas dasar cinta tetapi kerana dendam Afiq pada Aniq yang sentiasa sempurna di mata ibunya. Dengan mendapatkan Aina, Afiq begitu yakin bahawa syarikat yang diteraju oleh abangnya akan jatuh ke tangannya.

Selepas berkahwin, Afiq mula menyedari Aina adalah seorang wanita yang baik. Afiq mula jatuh cinta pada Aina dalam diam. Tambahan pula, sikap Afiq juga dilihat semakin berubah menjadi lebih baik apabila Aina disahkan mengandung.

Sementara itu, Tiara telah pergi ke Europe untuk bertemu Aniq. Rupanya Tiara merupakan pelayan kelas atasan dan dia telah dibayar oleh Aniq untuk membuat pengakuan tipu di hadapan keluarga Aniq dan Aina. Tiara sememangnya tidak tahu mengapa Aniq sanggup melukakan hati keluarganya dan Aina. Apabila Aina mengekori Aniq, barulah dia tahu sebenarnya Aniq pergi ke Europe untuk mendapatkan sum-sum tulang yang sesuai untuk dirinya kerana jangka hayat Aniq semakin pendek akibat mengalami penyakit kanser darah.

Tiara rasa bersalah dengan upah yang diterimanya. Memang selama ini dia bekerja untuk duit tapi kali ini dia tidak mampu menerima duit Aniq atas kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh Aniq. Kemudian, Tiara membuat keputusan untuk sentiasa berada di sisi Aniq dan membantu Aniq melalui hari hari sukarnya sepanjang dia berada di Europe.

Penyakit Aniq semakin tidak stabil. Sehingga kini masih tidak ada pemindahan yang sesuai untuk membantu mengubati kanser darah yang dihidap oleh Aniq. Kemudian Aniq membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia bagi menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga sebelum menghembuskan nafas terakhir. Selain itu, Aniq juga merasakan ada sesuatu yang harus dilakukannya untuk keluarganya. Setibanya Aniq di rumah, semua ahli keluarga gembira dengan kepulangan Aniq yang mengejut itu. Tetapi tidak bagi Afiq. Afiq mula rasa terancam dan merasakan Aniq pulang untuk merampas haknya serta ingin menuntut cinta Aina.

Keadaan bertambah runcing apabila Aniq tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup. Afiq pula perasan dengan perubahan sikap Aina sejak Aniq muncul semula. Adakah Aina masih setia mencintai Aniq? atau cinta Aina sudah beralih arah pada suaminya? Dapatkah Aniq diselamatkan dari derita penyakit kanser darah?

 
BOOKS FMO 42U® © 2014 BOOKSFMO42U.

Video yang diupload di blog ini adalah daripada GENGtube, Osemtube, DFM2u, MMF Online, Moviesinfobsyok, Malaywatchtube, Layanon9