Blog ini tidak akan beroperasi lagi. Terima kasih kerana melawat website ini.

Madu full - Books Filem Melayu Online Untuk Anda!

0 ulasan

Kategori: Telemovie | Tahun: 2014 | Download: Akan datang



Sinopsis:
Kisah bermula apabila Anita mempunyai dua orang anak iaitu Shah dan Shima. Anak pertamanya Shah berkerja sebagai pramugara dan Shima pula baru memulakan karier dalam bidang perhubungan awam. Shima selalu bekerja tak tentu masa dan sering kali balik ke rumah lewat malam. Suami Anita iaitu Mazlan selalu bertugas , menguruskan syarikat landskap dan seni tamannya dan Anita berasa bosan kerana selalu ditinggalkan. Bagaimanapun, hati Anita sedikit terhibur apabila setiap kali pulang daripada bertugas, Shah membawa pulang cenderamata dari luar negara, tetapi selalunya cita rasa Shah tidak menepati kehendak ibunya. Dalam pada itu, Anita teringin pergi melancong, tetapi dek kerana kesibukan Mazlan, hasrat­nya tidak pernah tertunai. Perniagaan Mazlan pun bukannya selalu berada pada tahap yang bagus. Oleh itu, Anita tidak mahu begitu membebankan Mazlan dengan keinginannya. Anita yang terus kebosanan tinggal di rumah seorang diri mula mencetuskan idea gilanya. Dia sering melayari Facebook, Instagram, lalu terlihat gambar pramugari melancong ke sana sini. Dia minta Shah berkahwin, tetapi Shah pula tak mahu mengahwini seorang pramugari. Lalu Anita mencadangkan Shah mencari madu untuknya dalam kalangan pramugari.Shah pada mulanya menganggap isterinya tidak serius, tetapi selepas dia melihat kesungguhan Anita, dengan berat hati Shah terpaksa bersetuju. Shah perlu mencari calon yang betul-betul boleh dipercayainya. Ia juga perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Anita. Apabila Shima mendapat tahu, dia naik angin kerana kenapa perlu ada ibu tiri pula.Selepas lebih kurang dua minggu Mazlan berada di Kuching, dia balik ke rumah. Dia terkejut apabila Shima memberitahu yang Anita sudah memilih calon isteri kedua untuknya dan pada mulanya Mazlan menolak kerana kononnya dia sangat setia serta sayangkan Anita. Rupa-rupanya Mazlan ada rahsia yang disembunyikan daripada Anita. Untuk mengetahui apakah yang akan berlaku dalam keluarga ini, jangan lupa untuk menyaksikan Madu.
 
BOOKS FMO 42U® © 2014 BOOKSFMO42U.

Video yang diupload di blog ini adalah daripada GENGtube, Osemtube, DFM2u, MMF Online, Moviesinfobsyok, Malaywatchtube, Layanon9