Follow By Email

 
Blog ini tidak akan beroperasi lagi. Terima kasih kerana melawat website ini.

Bibir Tanpa Zikir full - Books Filem Melayu Online Untuk Anda!

0 ulasan

Kategori: Telemovie | Tahun: 2014 | Download: Klik di sini




Part 1


Part 2


Sinopsis:
Bibir Tanpa Zikir mengisahkan mengenai seorang wanita bernama Amira. Sejak kecil, Amira dan abangnya Hisyam dididik menunaikan solat dan asas agama yang baik. Bagaimanapun ketika meningkat remaja, Amira mula memberontak. Ini disebabkan sikap ibu bapanya yang terlalu memaksa dalam urusan membabitkan agama. Sikap mereka juga keras kerana apabila dia liat bangun menunaikan solat Subuh, ibunya akan memaki hamun. Rumah mereka akan bising dengan suara ibunya yang lantang mengejutkan mereka setiap pagi. Ini sekaligus membuatkan dia benci dan bersolat hanya kerana terpaksa.

Sebaik tamat pengajian, Amira berkahwin dengan kawan abangnya, Bakthiar Lim Abdullah, seorang mualaf yang berasal dari keluarga berada. Bakthiar menganggap perkahwinan ini atas dasar agama dan cinta, manakala Amira pula menganggapnya sebagai jalan untuk melarikan diri daripada kongkongan keluarga.

Dia menyangka suami mualaf itu boleh dipandang remeh dan boleh diperkotak-katikkan. Amira sering menipu suaminya dan apabila bekerja pergaulannya semakin meluas. Dia lebih suka berkawan dengan rakan-rakan yang banyak bersosial dan menghabiskan waktu di kelab malam.

Dia hanya akan bertudung di depan suami dan keluarganya, namun, tudung akan dibuka apabila keluar bertemu kawan-kawan. Amira semakin hanyut dalam dosa dan kepura-puraannya. Dia lebih banyak menghabiskan masa di luar rumah bersukaria dengan kawan-kawannya.


Amira juga bermewah dengan pemberian suaminya dan sudah pandai meninggikan diri, malah hilang hormat pada suaminya. Bakthiar sentiasa bersabar dan berbaik sangka dengan menganggap semua itu adalah ujian Allah SWT untuk menduga kesabaran dan keimanannya. Dia tidak jemu berdoa agar isterinya kembali ke pangkal jalan.
 
BOOKS FMO 42U® © 2014 BOOKSFMO42U.

Video yang diupload di blog ini adalah daripada GENGtube, Osemtube, DFM2u, MMF Online, Moviesinfobsyok, Malaywatchtube, Layanon9