Blog ini tidak akan beroperasi lagi. Terima kasih kerana melawat website ini.

Ali Baba Bujang Lapok full movie - Books Filem Melayu Online Untuk Anda!

0 ulasan

Kategori: Lain-lain | Tahun: 1961 | Download: Klik di sini



Sinopsis:
Ali Baba (Aziz Sattar) adalah seorang yang miskin dan papa kedana. Dia sering menghantar isterinya ke rumah Kassim Baba untuk meminjam gandum supaya mereka dapat makan, tetapi Kassim Baba yang kedekut (S. Shamsuddin) kecewa dengan adiknya itu dan seringkali memberitahu isterinya bahawa Ali Baba ialah seorang yang tidak berguna. Suatu hari, semasa Ali Baba sedang keluar mencari kayu api, dia terlihat sekumpulan 40 penyamun berkawad melalui hutan sambil membawa hasil rompakan. Dia bersembunyi di sebatang pokok dan melihat ketua penyamun (P. Ramlee) berdiri di hadapan sebuah gunung batu sambil menyanyikan mentera di dalam Bahasa Jawa untuk membuka mulut gua batu tersebut. Ali Baba menunggu sehingga kesemua penyamun meninggalkan gua sebelum dia turun dari atas pokok dan menggunakan mentera itu untuk membuka mulut gua tersebut. Dia mendapati di dalam gua tersebut penuh dengan harta-benda dan barang kemas, tetapi dia hanya mengambil satu peti berisi syiling emas sahaja.

Dengan wang emas tersebut Ali Baba mampu membayar balik kesemua hutangnya pada abangnya serta hidup dalam keadaan mewah. Kassim Baba berasa ingin tahu lalu memujuk Ali Baba untuk memberitahunya bagaimana dia boleh jadi cepat kaya. Ali Baba terus memberitahu mengenai gua tersebut serta mentera untuk membuka gua itu, tetapi belum sempat dia memberitahu mentera penutup ataupun mengenai penyamun yang menggunakannya, Kassim Baba terus meluru untuk mencari gua tersebut.

Kassim Baba, dengan penuh rasa tamak, cuba mencuri kesemua yang ada di dalam gua penyamun tersebut. Dia tertangkap semasa para penyamun pulang semula ke gua sementara dia masih ada. Setelah beberapa cubaan untuk melengahkan mereka, kumpulan penyamun tersebut membunuhnya. Memandangkan Kassim Baba masih belum pulang, Ali Baba pergi semula ke gua itu dan menemui mayat abangnya itu. Dia membawa pulang mayat itu dan menghantar mayat Kassim Baba untuk dijahit dan dikebumikan.

Ketua penyamun tersebut menyedari kekayaan Ali Baba dan menjadikannya sasaran untuk rompakan seterusnya. Setelah anak buahnya dua kali gagal, si ketua itu sendiri pergi ke rumah Ali Baba dan menyamar sebagai saudagar minyak, sementara anak-anak buahnya bersembunyi di dalam tong minyak yang disimpan di halaman rumah. Hamba Ali Baba, Marjina, menemui rancangan untuk menewaskan para penyamun itu, di mana minyak sebenar yang mendidih dicurahkan ke dalam setiap tong minyak. Setelah kesemua penyamun ditewaskan, dia sendiri menyerang dan membunuh ketua penyamun itu. Ali Baba yang terhutang budi kepada Merjina seterusnya membebaskannya.
 
BOOKS FMO 42U® © 2014 BOOKSFMO42U.

Video yang diupload di blog ini adalah daripada GENGtube, Osemtube, DFM2u, MMF Online, Moviesinfobsyok, Malaywatchtube, Layanon9