Blog ini tidak akan beroperasi lagi. Terima kasih kerana melawat website ini.

Gila -gila Remaja 2 full movie - Books Filem Melayu Online Untuk Anda!

0 ulasan
Diterbitkan produksi Megamovie Sdn Bhd, nafas baru filem Gila-Gila Remaja 2 ini mengangkat kisah Afiq (Hairul Azreen) yang nampak lasak kerana meminati sukan permotoran ekstrem, ‘motosikal scrambler’ adalah seorang hero remaja yang menagih cinta ­wanita. Tidak sekeras hati Azroy, naluri seorang ‘pencinta’ dalam diri Afiq cukup tebal.
Menjalin cinta dengan Erna (Bella Dally) pada awalnya, kemunculan Lisa (Faralyna) sebagai pelajar baru di kolejnya membuat­kan Afiq berubah hati pada Erna hingga tercetus­nya konflik percintaan tiga segi dalam hubungan mereka. Selain itu, Afiq dan rakannya juga bersengketa dengan Kris (Hanis Kamal).
Kris yang cukup cemburukan Afiq kerana berjaya ­memiliki cinta Erna membuatkan wujud permusuhan dan dendam di antara mereka. Justeru, apakah percintaan yang wujud di antara Afiq dan Lisa akan membantu memperbaiki hubungannya dengan Kris? Bagaimana pula, penerimaan Erna yang cintanya ditolak?

Seiring dengan konflik percintaan remaja masa kini, pastinya Gila-Gila Remaja 2 memuatkan jawapan terbaik. Pun begitu, mampukah Afiq menambat cinta di hati Lisa. Pastinya, penonton juga ingin melihat betapa percintaan Azroy dan Suzy lebih hebat atau pun konflik kasih Afiq, Lisa dan Erna?

Menyaksikan pratonton filem ini, apa yang boleh dikatakan Nagaraj sudah berusaha sebaik mungkin membawa ­kelainan dalam plot penceritaan filem Gila-Gila Remaja 2. Apapun, menerusi suntikan elemen komedi daripada Sathiya dan Tai serta susunan dialog yang ringkas dan tepat, ia seronok ditonton.

 
BOOKS FMO 42U® © 2014 BOOKSFMO42U.

Video yang diupload di blog ini adalah daripada GENGtube, Osemtube, DFM2u, MMF Online, Moviesinfobsyok, Malaywatchtube, Layanon9