
Malang sungguh nasib Nur apabila ibunya sendiri tidak mengaku Nur sebagai anak kandungnya di hadapan suami baru lantas menghalau Nur dan nenek supaya tidak menjejakkan kaki ke rumahnya lagi. Nur yang dahagakan kasih sayang telah mengugut untuk bunuh diri kerana tidak merasa disayangi lagi. Namun begitu, hasratnya terbatal mengenangkan jasa neneknya yang telah bersusah-payah membesarkannya.
Cikgu Haiman (Shah Iskandar) iaitu guru kelas Nur seorang guru yang amat prihatin dan sentiasa mengambil berat hal ehwal pelajarnya berasa curiga dengan sikap Nur yang selalu berdiam diri dan menyendiri. Jasa baik dan sikap prihatin Cikgu Haiman telah disalah erti oleh Nur. Nur mula menyukai Cikgu Haiman, namun perasaan itu ditolak dengan baik oleh Cikgu Haiman yang menyayangi dan prihatin terhadap semua pelajarnya. Kejadian itu telah sekali lagi menyebabkan Nur berasa kecewa dan tidak disayangi.
Apakah kesudahan bagi Nur dan Neneknya? Adakah Nur akan Berjaya melepaskan dirinya daripada kerunsingan hidupnya? Selami lakonan berkesan daripada pelakon Dia Yang Terpilih, Puteri Chi Chi, Ku Faridah, Faezah Elai, Azhan Rani dan Izreen Azminda.
Catat Ulasan